Thursday, June 24, 2010

Mari mengira

Actually, banyak benda yang nak di coretkan tapi tiba2 idea semua hilang. Tak ada. Kosong. Blank. So, kita belajar mengira dalam bahasa jepun je lah ya..Mari mengira..yiba2~~

  • ichi - 1
  • ni - 2
  • san - 3
  • shi ('yon' selepas 10) - 4
  • go - 5
  • roku - 6
  • shichi ('nana' selepas 10) - 7
  • hachi - 8
  • kyuu - 9
  • juu - 10
  • juuichi - 11
  • juuni - 12
  • juushi - 14
  • nijuu - 20
  • nijuugo -25
  • yonjuu - 40
  • hyaku - 100
  • sen - 1000
Okey, itu saja setakat ini ya. Cukuplah setakat ini. Hehe.. Aku pun belajar dari internet je..Yang nombor 11-90 tu aku tahu sendiri sebab aku ada asas2 mandrin cikit. Cikit je, ciput sangat. Aku rasa konsep mandrin dan japanese ni taklah jauh beza sangat. Tapi di sebabkan aku nak post kat blog, aku pun google lah takut2 aku buat fahaman sendiri pula nanti. Aku tak mahulah ajar benda yang salah kan. Sekali buka2 betul lah dengan apa yang aku teka. Hehehe...Bukanlah nak kata aku hebat. Tak hebat mana pun. Bila kita dah tahu asas, semua benda jadi senang. Macam masak juga, bila dah tahu asas, korang campaklah apa2 bahan dalam masakan korang, sure sedap punyalah.

Jadi kesimpulannya, kalau nak buat sesuatu, kita mestilah ada asas yang betul sebab apa2 pun yang kita buat mestilah berdasarkan asas yang ada dan betul tu. Kalau asas kita tu salah, kita buat apa2 semua jadi salah. Itulah namanya kehidupan. Asas orang Islam ialah agama Islam itu sendir. Jadi, janganlah terpesong dari asas kita yang satu itu ya.

Okey,mungkin korang semua pelik kan kenapa pula dari belajar mengira jadi cerita 'asas2' bagai. Mula2 tadikan aku kata aku tak ada idea nak tulis apa. Memang niat nak ajar mengira dalam bahasa jepun je. Sambil2 tu otak aku pun dapat idea. Ye lah orang kata idea bukannya boleh di cari tapi dia datang sendiri. Jadi, idea aku dah datang, aku pon mencoretlah. hee~~ Ye lah aku bersyukur sebab aku pernah belajar mengira dalam bahasa mandrin dulu. Jadi aku gunakan asas yang aku ada tu. Aku apply kan kat bahasa jepun ni. Tak susah lah jadinya. Lepas tu aku terfikir pula, 'betullah umi cakap dulu,masak ni senang je. kalo dah tahu asas2 memasak, sure lepas tu ko campak brg apa pun ko blh msk'. Actually umi tak lah cakap macam tu. aku lupalah pula kan umi cakap macam mana. Tapi maksud umi macam tulah.hee~~

Jadi, aku terfikir lagi, sebab tu asas orang Islam ialah agamanya. Kalau kita tak tahu asas2 agama Islam, macam mana kita nak nikmati sebenarnya Islam itu cukup dan sungguh indah. Aku sangat2 bersyukur sebab aku di kurniakan umi ayah yang dah mengajar aku dari kecil lagi asas2 ni semua. Terutamanya aku sebagai perempuan, aku di ajar menutup aurat ialah benda yang sangat wajib. Terima kasih umi dan ayah.

Ilmu Allah ni luas. Manusia baru gunakan ilmu itu setitik daripada air laut sahaja. Yang kita tahu dan bangga2kan sekarang ni semua adalah asas2 belaka. Jadi mencari ilmu itu penting dan juga indah jikalau digunakan dengan betul. Berpegang teguh pada asas2 agama itu paling penting kerana tanpa asas kita akan tersasar. Tanpa pegangan kita akan terpesong. Okey, selamat belajar mengira. Sekian, wasalam.

No comments:

Post a Comment