Friday, December 16, 2011

Pemimpin yang saya kagumi.

Terfikir tajuk ni kerana ada pengalaman interviewer bertanyakan soalan ni pada setiap calon2. Tiba giliran aku, aku pon menjawab siapa pemimpin yang aku kagumi. Kemudian dapat aku tahu daripada salah seorang interviewer di mana semua jawapan yang diberikan sama kecuali jawapan seorang gadis berlainan dari yang lain. Gadis itu menjawab pemimpin yang dia kagumi ialah AYAH nya. Kagum aku mendengar jawapannya. Untuk pengatahuan, gadis itu berbangsa India. Hanya jawapan dia seorang sahaja berlainan dari yang lain.

Kemudian aku terfikir, IYA!! Pemimpin yang aku kagumi sebenarnya ialah AYAH ku. Bila dah meningkat dewasa ni, pemikiran pun kadang2 matang (kadang2 je...selalu berfikir kebudak2kan je:p) Iya..,saya dengan bangganya ingin memberitahu pemimpin yang saya kagumi ialah ayah saya.

Kenapa saya kagum dengan ayah saya. Opsss...salah2...kenapa saya sangat2 kagum dengan ayah saya.......

Ok mungkin semua orang akan berkata "alah biasa la kagum dengan ayah. semua orang mesti kagum dengan ayah n ibu sendiri." Tapi sedarkah anda bahawa kita patut bersyukur kerana di kurniakan Ibu dan Ayah yang amat memahami. Dan iya, saya sangat bersyukur kerana Allah memberikan saya ibu, ayah, dan adk2 yang sangat2 saya kagum. Kerana kita tidak berhak memilih siapa ibu dan ayah kita. Jadi bersyukurlah kita kerana mendapat ibu dan ayah yg sangat menyayangi kita.

Tahukah kita bahawa tidak semua orang bertuah dapat merasai kasih sayang ibu dan ayah. Sesungguhnya kasih sayang ibu dan ayah amat berharga. Sebenarnya ayah juga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak2. Kasih sayang ibu dan kasih sayang ayah tidak dapat di samakan. Anda, anda,dan anda di luar sana patut bersyukur kerana masih mempunyai ayah yang sangat2 bertanggungjawab dan menyayangi anda dgn apa bentuk/cara sekalipun. Pernahkah kita terfikir bahawa di luar sana masih ramai orang yang tidak dapat merasai kasih sayang seorang ayah.

Saya tidak memerlukan contoh yang jauh. Contoh yang terdekat dengan saya ialah "kawan lelaki" saya sendiri sudah kehilangan seorang ayah ketika di usia muda (belasan tahun). Satu hari saya pergi menonton wayang cerita "Real Steal" dgnnya. Selepas habis wayang, tanpa segan silu Dia mengaku Dia termenangis (sikit je kataner..hehe..)di akhir cerita. Maaf,saya tidak berniat untuk memalukan Dia. Cuma sekadar contoh. Cerita tersebut berkisahkan hubungan antara ayah dan anak. Selepas Dia memberitahu bahawa dia menangis, saya yg suka menyakat ni pun kata la, "la..nangis ker.." tapi dalam hati saya, hanya saya dan Allah saja yang tahu di mana saya rasa sangat2 sedih dan bersyukur. Sedih kerana Dia sangat rapat dengan ayahnya dan sekarang kehilangan kasih seorang ayah, dan bersyukur kerana saya masih lagi mempunyai ayah. Hargailah ayah kita walau apa perangai sekali pun dia. Kerana ayah juga manusia, tanpa ayah, kita tidak akan ada di dunia.

Dan sebab mengapa saya sangat mengagumi ayah saya tidak perlulah saya ceritakan di sini. Hanya saya, adk2, dan ibu saya sahaja tahu mengapa kami sangat menghormati dan mengagumi pemimpin hidup kami. Semoga bakal suami seperti ayah. Amin.

Friday, October 14, 2011

6 years...

2005: Dapat sms yang saya di terima menyambungkan pelajaran di Universiti ini.
Syukur tidak terhingga.
Melompat2.
:)




Bulan 7 2005: Memulakan langkah sebagai pelajar U di sini.
Pusat Asasi di Petaling Jaya.
Syukur kehadrat Ilahi kerana memberi Roommate (Ratna Dewi,Farah Diana,Syatilla,Wani law) yang sangat2 baik.

Pelbagai kenangan ketika berada di sana (pusat asasi).
Semestinya tak dapat di lupakan.
Antaranya:

Psychology Class. Sir Anwar Omar (AO) paling best.
Sesungguhnya amat2 merindui saat ini. Pelbagai ragam,watak,dan perangai.
Terbaiklah.

Waktu ni nak pergi Parliment ada lawatan untuk kelas political science.
Lawatan sambil belajar + enjoy.
Banyak pengalaman yang dapat ketika lawatan.
TQ sir Mohi for the unforgettable experience.


Tak silap nama sir ni sir Majid (kalo saya salah saya minta maaf ye rakan2).
Sir ni pun baik.
Dah berapa anak dia ada sekarang ye?
Time ni dia tak kahwin lagi.
Elok kami ke Gombak,dia kahwin.
;)

Ini kawan2 rapat pada masa itu.
Dan pada masa sekarang juga.
;)


Selepas 2 tahun berada di PJ,alhamdulillah kami semua selamat ke Gombak bersama2.
Kami terdiri daripada:
Hani(aku), Harly,Hanan,Haslina,Farawahida,Farah Diana,Ainun,Aimi & Edayu.
Di sinilah Da Ropolz terbentuk.
Sentiasa bersama,kekal selamanya.
Amin.


Ini bilik pertama ketika di Gombak.
Menetap di mahallah Haleemah.


Satu bilik terdiri daripada 4 orang.
Sister Harly(2dung purple) n sister Lina(2dung kelabu) ialah rumate saya.
Sister comel tu bukan rumate saya ketika ini.
Dia Hanan.
Di mana biliknya bersama Farra n Farah.
Di situ la tempat medang(minum ptg) kami setiap petang.
1st year la katakan.
Banyak masa renggang.
:D

Ini bilik ketika 2nd year.
Turun bawah sikit.
Tak la penat nak menapak.
hee.

UIA saja nak bagi saya senaman kot.
Sebab tu time 3rd year dapat bilik tingkat 4 balik.
:(

Haa..yang ni pilih sendiri.
Sebab time 4th year da start boleh pilih bilik n rumate sendiri.
Sebab tu menapak ke tingkat 2.
Tak payah naik tangga.
Sayang lemakla katakan.
~hohoho~


Ni la bentuk bilik di dalam.
Setiap org dapat 1 compartment.
Best. Privacy.
p/s:sila abaikan buku yang bertaburan di atas katil!

Ni ruang tengah.
Kira macam ruang tamu la.
Ni la tempat selalu medang dari 1st year sampai final year.
:)

Bilik yang selalu jadi tempat lepak ketika final year.
Macam2 kenangan.
Bergaduh dengan pencuri pun depan bilik ni.
~ngee~

Block E ialah block terbest.
Kenapa?
Sebab memang dari 1st-4th year duk block sama jer.
huhu.
Pernah tukar kejap ke block B masa short sem.
p/s:(chun kan model i:p)


Jangan kata korang da lupa jalan ni.
Ni la pintu belakang.Short cut kita panggil utk ke kelas.
Harus tak lupa OK.
:D

Female sport complex.
Kawan2!
Pernah ke kita bersenam di sini?
Pernah!
Tapi 1tahun sekali pun tak tentukan.
~hehe~
At least kita pernah jgk menapak kat sini.

Kalo malas nak lalu laluan atas,laluan bawah ni akan di gunakan.
Dua2 sama je jaraknya.
Bawah ni ada view sikit kan kawan2.
Bau2an pun ada.
~hehehe:p~

Laluan atas.
Hanya di UIA jika nak melintas tidak perlu memandang kiri dan kanan.
Hanya perlu memandang kiri shj.
Model i,knp u pandang kanan?
Tak de kereta pun akan muncul dari arah kanan.motor maybe.
:)

Sebenarnya selama 4 tahun di Gombak,
Banyak kenangan yang telah di lakarkan oleh kami.
Tapi kalo nak masukkan satu2 gambar,alamatnya jadi novel la nanti.
Jadi saya pilih kenangan yang paling akhir ketika di mahallah.
Esoknya semua akan berangkan pulang ke rumah masing2.
Jadi malam tu kita buat BBQ.
Tapi ada peristiwa yang tak dapat di lupakan.
Kenanag itu semua.
:)

Sebelum berangkat balik,yuk kita bergambar dulu buat kenangan.
Sesi bergambar di sekitar UIA.
Love dis pic.
Tapi sayang,Farah tak ada.
:(

Cafe HS.
Tempat selalu lepak.
Time lapar or tak lapar.
Tapi sekarang mamak da tukar owner.
Dah tak sedap.
HS cafe bukan sahaja terkenal di kalangan student2 HS.
Tetapi juga most students from different department and pekerja pun makan di sini.
Hebatkan HS Cafe.
:D

Setelah penat lelah selama 6 tahun (Matrik + Gombak).
Akhirnya.....
Grad juga kita.
Dapat juga kita merealisasikan impian kita untuk bergraduasi bersama2.
Alhamdulillah tak ada yang sangkut.
Semua mendapapat keputusan cemerlang.
Berkat usaha gigih kita bersama.



Mek Nun,jangan sedih2.
Nanti saya n yang lain pun sdh
:'(
Walaupun sekarang,
semua membawa haluan masing2,
ada yg di utara dan ada yang di selatan,
tapi persahabatan kita tetap kukuh.

Walaupun teknologi canggih,
tapi tidak dapat mengubat rindu utk menyengal2 dgn kamu2 semua.

Terima Kasih yang tidak terhingga kerana kamu semua membentuk siapa saya sekarang.
Kamu semua banyak mengajar saya.
Daripada tidak reti bergaul,
Sehingga reti bergaul.
Dan macam2 lagi.

Terima Kasih juga untuk kenangan2 terindah,
selama 6 tahun ini.
Bermacam2 telah kita lalui bersama.
Manis mahu pun pahit,
Ia tetap kenangan.

Kamu2 lah yang terindah.
Yang mengajar saya erti kehidupan selain ibu bapa dan adk2 saya.
Terima Kasih lagi sekali untuk kalian.

Dan juga....
Tahniah kawan kerana berjaya.

Jangan lupakan saya ya bila dah berkerjaya.
.Always LOVE U Gurls.

p/s:Hope dapat berjumpa di kenduri kahwin si gadis manis dari Perlis.

With L.O.V.E:-
~H.O.N.E.Y~

Tuesday, September 27, 2011

How I know my birthday.


Nampak tak picture kat atas tu! Maknanya tanggal 27.9.1987 terkeluarlah aku yang di beri nama HANI dari perut umi kesayangan ku. Arigato umi sbb susah mengandung n beranakkan HANI. Dah 24 tahun dah kan..tp rasa macam 14 tahun jer..hahahha...

Hari tu ada tanya kat umi,boleh tak kat bilik bersalin nnt masuk 2 org. Umi tetiba cakap 'takkan nanti nak suruh umi masuk jgk'. Eh..,pandailah umi ni..macam boleh baca pikiran Hani lak..hahahha...Aku jawab, 'a'ah..ingat nak suruh umi masuk jgk...nnt nak suruh umi n incik husband to be masuk.' Tapi umi tak nak..cian Hani kn3..:( Masuk la sekali umi:(

Eh..terlari tajuk asal nie. Dah3...no merepak2 lagi kali ni HANI BT ZAHARIN!!

OK! How I know my birthday..

Pada satu tengah hari yang indah lagi nyaman, duduklah dua beranak di ruang tamu rumah yg sekarang ini cuma tinggal kenangan shj. Si bapa dan si anak gadis nya yg comel lagi cute sedang menonton television (kalo tak silap la...tak hingat dah den.) Si anak gadis yang ketika itu masih kecil (tak ingat dah umur berapa. maybe dalam sekolah rendah gitu kot) dan tidak mengetahui apa2 pun duduk la melepak dengan daddy tercinta.huhu.

Tiba2 si daddy bertanya pada si anak gadis nya; "Hani,tahu tak hari ni hari apa?"

Anak gadis pun menjawab; "Tak tahu.Hari apa?"

Daddy pun memberitahu; "Hari ini hari jadi Hani la."

Anak gadis dengan excited pun bertanya lagi; "ye ke ayah?" (bertanya sambil tidak percaya dan suka giler sebenarnya.huhu.)

Si daddy pun berkata lagi; "Hari ni 27.9. Hari jadi Hani."

Si anak gadis pun senyap tetapi dalam hati suka giler oooo dan tak percaya yang dia dah tahu hari jadi dia. Hati berkata2 "Yea2 hari ni hari jadi aku. Sambil mengingati tarikh keramat itu."

Begitulah cerita bagaimana si anak gadis yang dah jadi si anak dara dah pun sekarang ni dan tak lama lagi menjadi si isteri orang dan si ibu kepada si baby mengetahui tarikh hari kelahirannya. Sampai bila2 pun si anak gadis yang sudah meningkat menjadi si anak dara dan belum lagi menjadi si isteri orang apatah lagi si ibu kepada si baby tidak akan melupakan peristiwa yang bersejarah baginya ini.

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Umi dan Ayah kerana wujudnya Hani di dunia ini. LOVE U SO3 MUCh..MUAH ;D

Tamatlah kisah "How I know my birthday".

Sekian,terima kasih.

p/s: cerita bukan rekaan, cerita ini adalah kebenaran semuanya.



Monday, September 26, 2011

~Entri yang tak ada Nama~

|AMARAN!! Entri kali ini sangat2 merapu and tiada hala tuju. Jikalau anda seorang yang serius/ tidak suka baca benda2 yang merapu, di harap selepas selesai membaca 'AMARAN', janganlah meneruskan bacaan anda ke tahap yang seterusnya.Sekain, Terima Kasih.hehe.|

Wah!! Blog ni still cantik walau di tinggal lama (perli ini khas untuk diri sendiri:p). Adoyai..taip pun dah tak betul dah ni. Lama sangat tak menaip.huhu.

Yea2..esok HARI JADI...Eh!! Tak pasal2..bukan2..bukan nk buat entri HAPY BIRTHDAY sendiri. NO3.. Silap dan Salah sangka semua itu:p (OK my dear self. Jangan nak start merapu la Stop3..)

Sebenar ner nak tulis apa..hmmm?? Sebenar ner tak ada nak tulis apa2 pun..Huahahahahha:p Saja jer rasa gatal nak menaip n nak mengasah tangan ni kembali menaip setelah lama meninggal kan assignment.hehe. Dan pula tetibe rindu giler lak kat belog ni haaa...selalu suka minum C0OL BLOG jer:p

Kenapa dalam kebanyakan entri banyak gelak 'hahahha' ke, 'huahahahahha' ke, 'hehehe' ke, 'huhuhu' ke...sebab Hani suka gelak...Entri pun harus la bergelak ketawa:p (belog I, I punya suka la nk gelak ker nk nages ker, meraung ker..huhu...weeekkkk:p)

OK masih lagi tidak ada kata sepakat dengan diri sendiri nak tulis apa...cuma tulis ikut gerak tangan..

APA??!! Merapu...bior la sy nk merapu jap...Asyik2 nk serius jer...No life la dear..huhuhu...

Merapu2,menyengal2,merepek2, sekali sekala baru syok...baru ceria hidup...Baru nampak muda...hehe..Errr..tetibe rasa nak makan roti boy:(

Hani asyik bising jer kat telinga incik Izhar nak diet..sampai naik bosan kawan tu...kesian2...ish3...hahahha....setiap kali pesanan incik izhar> tu la..asyik ingat makan jer...lapo2 je tiap masa..cuba kalo lapo tu minum air masak banyak2...

Baik la incik izhar...pesanan di turuti...hehehe...

Sebenarnya Sang pengemudi blog sedang mencari kerja...susah cari kerja sekarang ni...tapi tak pe...Saya percaya dgn rezeki dan berkat doa..terutama doa ibu dan ayah... InsyaAllah ada la rezeki Hani di mana2..cuma tak nampak je lagi sekarang ni...

"Sunshine will appear soon my dear self. Pray for the best from HIM. InsyaAllah He will give you the best. Amin"




Friday, May 6, 2011

Bila kita melebihkan MEREKA dari segalanya....




Bila kita melebihkan ibu ayah dari segalanya..., percayalah rezeki Allah tidak akan putus2...Always put our parent first then every thing..For me I always think that all the good thing happen to Me because of my Parent..

I heard some one, perhaps my lecturer, (forgot already from whom I hear it) said, "every time you have an exam, go and tell your parent..says to them to pray for you even though you know they always pray for you..."

And that is what I do every time I have an exam (major n minor), and presentation.. coz I will feel calm after I said that to my parent especially My Umi..For me "Restu Ibu membawa ke Syurga dan menentukan siapa kita."

Sesungguhnya kejayaan diri kita terletak pada restu ibu dan juga ayah..Coz they know ourselves better then us...

TQ very much UMI n AYAH...tanpa doa, usaha, dan restu umi ayah, siapalah Hani...

BTW, that song for UMI n AYAH. Sedetik Lebih from Anuar Zain ;D

Friday, March 25, 2011

Jangan Di Ucap Selamat Tinggal



Nampaknya tak lama lagi tamatlah tempoh hani & da gengz (da ropolz) & kwn2 yg lain berkhidmat sebagai pelajar di UIA tercinta..

Perasaan> sedih sangat sebab dah 6 tahun (include matric) bersama, kehulu kehilir semua bersama2..Lepas ni rasa mcm patah sebelah kaki pon ada jgk..

Geng kami memang unik sebab terdiri daripada pelbagai pelusuk negeri (negeri jer..hehehe..).. Ni first sekali gambar semua kwn2 ku semenjak 6 tahun bersama2, berjuang bersama2, menangis bersama2, gembira huha2 bersama2..



Da Ropolz


Kita mulakan dengan awekz dari Kedah.. Ni lah Ayu nama di beri..





Next awekz iaitu miss universe:p dari Pahang....
'Farah D'


Next top model jatuh kepada awekz dari Kelantan..
Ainun nama di beri oleh Parent beliau..Ceain nama kami yg beri..hik2..



Next year Miss World milik Lina dari Johor...
Ni lah dia cik lina kami;D



Awekz manis kecik molek, sopan santun,lemah lembut..Ni lah dia kak Long Da Ropolz..
Hanan @ cenan dari Perlis...



Lastly awekz2 from Selangor..3 org semuanya..firstly mestilah tuan ner blog kan...
Me XD



2nd> Farra from Klang
Puteri kecil (kecil sgt:p)



Lastly Harly satu kampung jgk dgn Farra from Klang..:)


Hahahahah...saja sesi promote kwn2...ok2 serius..;p sepanjang 6 tahun berada di UIA ni, diorg lah tempat aku meluahkan perasaan, bergembira bersama, menangis bersama, geram bersama, sakit hati bersama. Gurlz aku bnyk blajar dari korg.. Korg memang kwn yg best lah... sedih plak nk tinggal kan korg..(ok air mata already nk meleleh nie T.T)...

Lepas nie aku harap kita still keep in touch lah yer...Syg kalo persahabatan selama 6 tahun lebur begitu saja... Sekarang nie aku tgh bayangkan mcm mana lah kan kita nanti hari2 terakhir di uia (pas xm)...mesti melalak-lalak menangis...memang leh keep in touch melalui FB n SMS..tapi perasaan tu tak sama.....lain...lain sgt2...

Memang boleh jumper time convo, tapi lamer maner sgt kita boleh spent time together...T.T
Korg memang kwn yg best lah...Aku syg korg sgt2... mcm mana aku nk ckp yg aku sdh sgt2 pon aku x th..tapi aku th kita masing2 tgh simpan perasaan sedih...takper2, simpan dulu..luahkan nk balik nnt..hehe..

Lastly, aku harap kita semua berjaya dengan future kita masing2..Kita berjaya mendapatkan apa yg kita hajati..Love all of u a lot...

Nah ambik lagu tuk korg Jangan Pisahkan-Phyne Ballerz



Sunday, March 13, 2011

Farewell Party For Mr. Johanni Salleh.

Date: 28.2.2011
Time: Lunch Hour
Objective: Makan2;)

Acara pada hari tu selain makan dan makan dan makan ialah:
Tayangan video made by Zul, then penyampaian hadia.
Dan acara yang tak masuk dalam list ialah karaoke..hahahaha...
Tuan blog x karokelah sebab suara x sedap..hehehehe...



With Sir Jo n Anugerah a.k.a hadiah from us;D
Ini lah hadiahnya. Cantik kn3...:))
in sebahagian dr da ropolz
sebahagian dari student2 Sir Jo:)



Lecturer2. Yg lecturer perempuan tgh sakan berborak.
Left: Sir Roslan Ali, Center: Sir Amran Baharum, Right: Sir Jo.
Me with Sir XD
dgn cik Teha comel;)
Sir kami sporting. hahahaha...
Dgn pembuat anugerah utk Sir;)



Last, the party memang bestlah.
We will miss this class, IIUM.FM, and SIR JOHANNI.
For Sir: Take Care, Semoga dirahmati Allah sentiasa and semoga kami sentiasa dalam ingatan Sir.
TQ Sir for every thing especially belanja makan nie..hehehe..
Tanpa Sir siapalah kami ni..
TQ again and again and again.:D