Thursday, June 24, 2010

Mari mengira

Actually, banyak benda yang nak di coretkan tapi tiba2 idea semua hilang. Tak ada. Kosong. Blank. So, kita belajar mengira dalam bahasa jepun je lah ya..Mari mengira..yiba2~~

  • ichi - 1
  • ni - 2
  • san - 3
  • shi ('yon' selepas 10) - 4
  • go - 5
  • roku - 6
  • shichi ('nana' selepas 10) - 7
  • hachi - 8
  • kyuu - 9
  • juu - 10
  • juuichi - 11
  • juuni - 12
  • juushi - 14
  • nijuu - 20
  • nijuugo -25
  • yonjuu - 40
  • hyaku - 100
  • sen - 1000
Okey, itu saja setakat ini ya. Cukuplah setakat ini. Hehe.. Aku pun belajar dari internet je..Yang nombor 11-90 tu aku tahu sendiri sebab aku ada asas2 mandrin cikit. Cikit je, ciput sangat. Aku rasa konsep mandrin dan japanese ni taklah jauh beza sangat. Tapi di sebabkan aku nak post kat blog, aku pun google lah takut2 aku buat fahaman sendiri pula nanti. Aku tak mahulah ajar benda yang salah kan. Sekali buka2 betul lah dengan apa yang aku teka. Hehehe...Bukanlah nak kata aku hebat. Tak hebat mana pun. Bila kita dah tahu asas, semua benda jadi senang. Macam masak juga, bila dah tahu asas, korang campaklah apa2 bahan dalam masakan korang, sure sedap punyalah.

Jadi kesimpulannya, kalau nak buat sesuatu, kita mestilah ada asas yang betul sebab apa2 pun yang kita buat mestilah berdasarkan asas yang ada dan betul tu. Kalau asas kita tu salah, kita buat apa2 semua jadi salah. Itulah namanya kehidupan. Asas orang Islam ialah agama Islam itu sendir. Jadi, janganlah terpesong dari asas kita yang satu itu ya.

Okey,mungkin korang semua pelik kan kenapa pula dari belajar mengira jadi cerita 'asas2' bagai. Mula2 tadikan aku kata aku tak ada idea nak tulis apa. Memang niat nak ajar mengira dalam bahasa jepun je. Sambil2 tu otak aku pun dapat idea. Ye lah orang kata idea bukannya boleh di cari tapi dia datang sendiri. Jadi, idea aku dah datang, aku pon mencoretlah. hee~~ Ye lah aku bersyukur sebab aku pernah belajar mengira dalam bahasa mandrin dulu. Jadi aku gunakan asas yang aku ada tu. Aku apply kan kat bahasa jepun ni. Tak susah lah jadinya. Lepas tu aku terfikir pula, 'betullah umi cakap dulu,masak ni senang je. kalo dah tahu asas2 memasak, sure lepas tu ko campak brg apa pun ko blh msk'. Actually umi tak lah cakap macam tu. aku lupalah pula kan umi cakap macam mana. Tapi maksud umi macam tulah.hee~~

Jadi, aku terfikir lagi, sebab tu asas orang Islam ialah agamanya. Kalau kita tak tahu asas2 agama Islam, macam mana kita nak nikmati sebenarnya Islam itu cukup dan sungguh indah. Aku sangat2 bersyukur sebab aku di kurniakan umi ayah yang dah mengajar aku dari kecil lagi asas2 ni semua. Terutamanya aku sebagai perempuan, aku di ajar menutup aurat ialah benda yang sangat wajib. Terima kasih umi dan ayah.

Ilmu Allah ni luas. Manusia baru gunakan ilmu itu setitik daripada air laut sahaja. Yang kita tahu dan bangga2kan sekarang ni semua adalah asas2 belaka. Jadi mencari ilmu itu penting dan juga indah jikalau digunakan dengan betul. Berpegang teguh pada asas2 agama itu paling penting kerana tanpa asas kita akan tersasar. Tanpa pegangan kita akan terpesong. Okey, selamat belajar mengira. Sekian, wasalam.

Tuesday, June 22, 2010

Japanese Language

Hani ni tak lah pandai bahasa Jepun pun. Tapi Hani suka belajar bahasa Jepun. Kalau nak tahu orang Jepun tak panggil negara mereka Jepun. Kalau tak silap mereka panggil negara meraka 'nihon/nipon' (actually aku lupa...nanti aku buka buku balik..hehe...sorry). Dekat sini nak postlah serba sedikit bahasa2 'daily expressions' yang kita selalu cakap. Hani post 11 dulu okey. Cukuplah untuk hari ini ye. Take a look (✿◠‿◠).

  1. Ohayogozaimasu = Good Morning (use until 10 a.m)
  2. Konniciwa = Hello (informal greeting used from 10 am until sundown)
  3. Kombanwa = Good Evening
  4. Oyasumi nasai = Good Night (said before going to bed)
  5. Sayonara = Good bye (Formal occasions use 'Shitsurei shimasu')
  6. O-genki desu ka? = How are you?
  7. O-daijini = Take care of yourself
  8. Ki o tsukete = Take care/ be careful
  9. Chotto matte kudaisai = Wait just a moment, please
  10. Wakarimasu = Understand
  11. Wakarimasen = Not understand
Kantan janai? maksud dia 'Senangkan?'. Okey, cukuplah tu untuk hari ni. Kalau ada nanti Hani post lagi ye. Kalau ada salah minta tolong pebetulkan ye.. Arigato gozaimasu. Gambatte kudasai ٩(-̮̮̃•̃)۶

Sunday, June 20, 2010

Saya Sayang Ayah Saya~

ayah & umi

Ngahahahahahha....okey2 ari ni hari bapa/ayah...bukan aku tak mahu post pasal ayah bila tak hari ayah tp, bila buat post pasal ayah waktu hari ayah ni rasa lagi special lah...weee~~~

okey2 saya sayang ayah saya...siapa tak sayang ayah kan...even though ayah kita tu penyamun ker, pencuri ker, kaki pukul ker, aper2 kaki lah..kaki bola pon boley;p..., hahahha....tapi setiap orang mesti sayang ayah dia kan3....sebab apa kita ni hanya ada 1 ayah je kat dunia ni...tak termasuk ayah angkat okey...lain citer...aku nk citer ayah kandung...maksud aku setiap orang hanya punyai 1 orang ayah kandung jer kat dunia ni...

Ayah saya best..nama dia Zaharin....dia dah 50 tahun (oh,ayah ku dah tua rupanya...hahahaha;p) tapi kan3..,ayah saya tak nampak tua sebab dia maintain muda beb...weee~~ nak tahu rahsianya..,kena tanya ayah...saya tak mahu bagi tahu...wekkk;p..

Ayah ku di beri gelaran 'papadom' oleh aku sendiri...hahahahah....sebab apa...sebabnya ayah memang macam papa saadom dalam cerita papadom tu pon...ngeee~~ tapi ayah best...kami tak rasa terkongkong pun dengan papadom kami sebab kami tahu dia sayang kami...dia buat apa2 semua demi kami...Dia banyak didik kami. Dia banyak beri nasihat kat kami. Dia juga suka berleter kat kami...ngahahahha....rindu nk dengar ayah berleter....

Tapi ada satu perangai ayah yang orang tak tahu. Ayah ni sebenarnya pak lawak. Muka dia je garang n serius, tapi aku cakap kat korang2 dia nie memang pak lawak lah.. sebab tu anak2 dia semua sengal2 belaka..huahahahaha....Ayah nia tak garang cuma dia berdisiplin orangnya n tegas for certain2 part..sebab tu agaknya orang ingat dia garang kot.. tapi yang garang sebenarnya umi... Ingat dulu time kecik2 if tok cakap nak itu ke ini ker, aku mesti cakap "tak nak lah tok, nanti umi marah." see2, nanti umi marah...buktinya ayah tak garang...hahahaha....tkt ngan umi lagi dari ayah...ngahahahah....orang selalu cakap "taknak lah nanti ayah marah." tapi aku terbalik pula..ngeee~~~

Lagi 1 ayah ni dia jenis cakap kuat...anak2 dia pon sama...Pernah sekali kawan aku angkat time ayah kol, dia terkejut dengar suara ayah..dia ingat ayah marah..tapi aku cakap kat dia tak lah...memang ayah jnis ckp macam tu...lepas tu dia cakap patut lah ko bila cakap ngan ayah ko kuat...hahahahah...see2..., anak perempuan yang tak reti bersopan..aku lah tu...hahahah;p

Ok2..kalo nak tulis pasal ayah ni memang banyak pon..tapi karang orang tak larat nak baca pula aku membebel nie...hahahaha...sampai dekat sini saja lah ye...apa2 pon...LOVE MY DAD SO2 MUCH...!! U R EVERYTHING 4 US;D.


Monday, June 7, 2010

Cerita Kami

Ok, cerita di mulakan dengan adik aku yang second. Nama dia Ahmad Syafiq dan 21 tahun. He is now still studying at somewhere (not in Malaysia).

Syafiq ni seorang yang pendiam, tak reti bersosial sangat tapi untuk keperluan macam kena buat kerja ker dia pandailah. Dalam tak reti bersosial tu dia ni power jgk sebab di pilih jadi ketua untuk pilihan raya kat tempat dia belajar tu (if I'm not mistaken lah kan...wee~~)..tapi btl dia kena jawat jawatan penting untuk event tu & dia pernah jadi ketua pelajar, tapi tak lama tu dia quit sbb malas...ngeh3~cayalah Fiq..

Lagi tentang Syafiq ni, dia seorang yang tak banyak karenah. Senang jer. Dia tak suka bercerita tentang orang lain, dia tak suka dengar yang buruk2 pasal orang even the thing is true. Kadang2 lawak dia pon berdasarkan fakta. He love to read. He read my book about research methodology and he said that was an interesting book.. Even though I never see the interesting part of that book...~~ That my 2nd bro..
I love u Fiq..


Ok, kita beralih ke cerita adik ke-3 aku...Dia ni Zikri Akhimullah.. Umur dia nie tak lah muda lagi. dah 20 dah..ngah3...Dia ni seorang yang sempoi, kelaka, suka buat lawak2 bodoh dia tu.. But you know what, my mom said that he is smarter than my 2nd brother..

Memang dia pandai pon..dia hanya perlu tumpu belajar kat kelas jer..kalo dia study bodoh2 pon mark dia still tinggi...kalo dia study pandai2, mark dia mesti gempak giler..

Dia ni macam perempuan cikit. Kenapa aku cakap mcm tu..sebab dia nie suka sangat2 kat Coklat.. Lepas tu dia suka sangat2 beli baju..Baju dia mengalahkan baju aku nie haa...Dia ni pandai memujuk cikit..Kalo adk aku kena marah dengan aku, dia lah tukang pujuknya..kalo aku rindu allahyarham tok dan aku termenangis,aku call dia (actually aku misscall jer..dia pakai bil..so pandai2 lah call aku balik..ngeh3;p). I love U Ziki...



Muhammad Naufal adik aku nombor 4..Tahun ni dia ambil SPM.. Dia ni mat stylo..dalam adk beradk aku dia yang paling stylo..kalo aku & umi aku confuse untuk pilih something, kami akan tanya dia sebab pilihan dia selalu lawa2...Dalam kata lain dia ni high taste budaknya..

Tapi dia ni pandai masak..kalo dia masak semua nak..tapi kalo Zikri masak, tak ada orang pun nak...hahahha...;p Dia nia memang pendiam sekali dalam adk beradk kami...Tapi kalo kenal rapat dengan dia, dia tak lah pendiam mana...lawak2 dia lagi sengal daripada lawak2 Zikri..

Dia ni popular woo...bukan nak promote adk sendiri...tapi kenyataan....kat sekolah ramai kawan...Umi kata hari jadi dia hari tu banyak gila dapat hadiah...Mostly coklat lah...heh3...Dia ni tak suka ulang cakap banyak2 kali..so, if dia cakap tu kita kena concentrate & dengar betul2..ngeh3..k lah..I Love U Nopal..Gud Luck SPM k~~

Ini adk bongsu sy..Dia ialah teddy bear sy...hehehehe....Dia seorang yang manja(nama pun anak bongsu) tapi dia sebenarnya seorang yang matang...Dgn family jer dia manja.. Dia ni tak cepat ambil hati..Tapi dia ni kadang2 ikut angin dia jugak..mcm aku..mungkin sama bulan kelahiran kot...

oppss..,lupa pula,nama dia Alif Najmi..hehe...Both of us born on September...pembuka (aku) & penutup (namy)lahir pada bulan yang sama...hehehe....Namy, kak Hani love u a lot my dear....muaaahhhhh!!! ;p











Ok yang last mesti tuan punya blogkan..Aku ni seorang kakak yang garang.., sekarang dah kurang dah...time adk2 aku kecik dulu aku memang garang..bukan apa, aku nak diorang belajar respect yang tua..ehm3...,aku muda lagi tau;) oppss...,lupa nk habaq, aku ni ganas budaknya..ngeh3...aku tidak layak menjadi perempuan melayu terakhir...hehehe...mungkin sebab aku di besarkan dengan adik2 lelaki kot...hmm...mungkin...;)

Lepas tu aku ni degil. Pakwe aku sendiri cakap aku ni degil...memang aku degil pon..hahaha...Lagi aku ni keras hati sikit...orang kata kadang2 tu tak ada feeling...sebab apa perempuan selalu tengok cerita yang sdh2 sikit mesti nangis...yang touching2 sikit mesti nangis..tapi aku tak...memang aku kalo tengok cerita yg feeling2 sedih tu n touching2 tu memang aku tak nangis lah...hehehe....aku ikut perangai siapa lagi, my umi kesayangan lah...ngeh3...~ Dua benda yang paling aku pantang ialah:

1) aku tak suka orang paksa2 aku...kalo sekali aku kata tak mahu/tak nak tu, ok lagi lah if korang nak meyakinkan aku buat benda yang aku memang tak nak kan..tapi kalau dah 2 3 kali aku kata TAK NAK!! mean that aku memang tak nak & tlg berhenti menyuruh aku buat benda2 yang aku tak nak...dalam kata kasar, tlg jgn paksa aku..

2) Aku tak suka orang pinjam barang aku tak bagi tahu aku..aku sangat tak kisah if korang nak pinjam dulu baru bagi tahu(in case aku tak ada) tapi korang mesti bagi tahu aku yang korang dah pinjam barang aku...aku bukan kedekut..aku cuma nak tahu barang2 aku berada di mana sebab nanti aku nak guna tak lah aku macam orang nak pindah rumah mencari merata2...tu jer sebab nya...sebab aku ni kalau tak jumpa2 barang yang aku cari tu aku akan jadi mengelabah & risau...

Dan yang paling ketara sekali perangai aku ni yang telah di jumpai oleh pakwe ku sendiri ialah aku ni cepat risau sikit budaknya...Aku memang cepat risau..maybe yang ini ikut perangai ayah kot...ngeh3...

Ok, itu serba sedikit pasal kami2...kalo nak tulis serba banyak memang tak cukup lah kot...maybe seorang2 daripada kami akan ada 2 3 entri untuk describe diri sendiri...ngeh2..~~ Last> I really2 love my siblings a lot!!...