Tuesday, July 24, 2012

R.A.S.A

Rasa mahu menulis,
Tapi tidak tahu apa yang ingin di coretkan di laman sesawang ni.

Rasa mahu berjumpa dengan mereka2 yang telah  melakarkan lukisan yang indah ketika berada di UIA dulu,
Tapi masing2 sibuk dengan tugas dan amanah yang di pikul.

Rasa mahu berjalan di tepi pantai setiap petang seperti di Terengganu dulu,
Tapi mana mungkin di tengah kota batu ini wujudnya pantai.

Rasa mahu jadi kanak2,
Tapi mana mungkin, kau dah besar okey!

Rasa mahu mengarut,
Tapi mana boleh, sebab kau tengah tulis benda yang konon2 serius.
Sebab tu kau tak boleh tulis banyak2 kalau kepala kau tak penuh dengan idea.
Time idea berlambak kau malas.
Okey, stop!! sebelum mengarut menjadi panjang lebar.

Kau cuma nak cakap yang kau rindu blog kau, kwn2 UIA kau, n MSR (terutamanya keropok lekokan!!)
Jumpa 2 3 bulan lagi wahai blog.
Sekian, wasalam.