Saturday, January 21, 2012

Ujian.

Kita rasa masalah yang kita hadapi sudah sangat besar. Tapi jikalau kita mendengar masalah orang lain, terutama orang yang kita kenal, baru kita sedar bahawa ujian yang di beri oleh Allah untuk kita itu tidaklah sebesar mana. Ujian yang Allah berikan kepada kita mesti kita boleh tempuhi. Allah tidak akan memberi ujian yang hambaNya tidak boleh hadapi. Kerana Allah itu maha adil, saksama dan penyayang.

Allah turunkan ujian hanya kepada hamba2 yang Dia sayangi sahaja. Dengan ujianlah Allah menguji tahap keimanan kita. Sama ada meningkat atau menurun tahap keimanan kita hanya dengan ujian yang Allah berikan. Oleh itu, sentiasa bersyukur bila di uji. Kerana setiap kali kita di uji bermakna Allah sayangkan kita. Jangan selalu berkata, 'Kenapa harus aku? Kenapa tidak orang lain?' Sebaliknya berkatalah, 'Alhamdulillah, Allah beri aku ujian. Bermakna Allah pandang aku dan sayangkan aku."

Hidup dimuka bumi ini hanya satu, untuk di uji Allah. Di uji kerana ingin melihat tahap kesetiaan kita kepadaNya. Semakin kita setia, semakin banyak amal kita. Semakin banyak kita mengingati Dia, semakin kuat cinta kita kepadaNya. Semoga kita semua menempuhi ujianNya dengan sabar dan tenang.

Friday, January 20, 2012

Anak amanah.



When I saw this video, the first thing came into my mind was ' I hope I can be a very good mother to my children like my umi did.'

Bila dengar ayat 'Anak itu amanah', ok memang semua orang dah realize yang anak itu amanah dan anugerah dari Allah. Tapi Hani saja ingin mencatatkan di blog tentang pandangan Hani mengenai 'anak itu amanah'. Bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri yang bakal menjadi ibu suatu hari nanti. Untuk rujukan sendiri andai kata suatu hari nanti terlupa. Al-maklumlah manusia sentiasa alpa dan perlu sentiasa di ingati.

Bila Allah berkata anak itu amah, bagi Hani Allah menyuruh kita menjaga dan memelihara dengan sebaik mungkin 'hamba' yang telah lama Dia pelihara dan sayangi. Dengan kata mudah, jagalah 'harta' milik Allah yang tidak ternilai ini.

Ibu Bapa hanya di beri amanah oleh Allah untuk menjaga 'hamba Nya' yang suci ini. Di sebabkan itu wajiblah keatas ibu bapa mendidik anak2 mengenal Allah, mengenal Rasul, mengenal Islam. Sebab itulah tugas ibu bapa di dunia. Ibu bapa ibarat penjaga dan guru. Penjaga untuk menjaga 'harta' yang paling berharga dan guru untuk mendidik dan membimbing. Anak bukan hak milik mutlak ibu bapa. Anak ialah hak milik mutlak Allah. Begitu juga dengan ibu bapa, semua yang bergelar anak, ibu bapa bukan hak milik mutlak kita. Ibu bapa hak milik mutlak Allah.
Jangan di tangisi dan di kesali jikalau berlaku apa-apa ke atas anak dan ibu bapa, kerana Allah pemilik mutlak kita maha mengetahui apa yang di aturkan Nya.

Jika didikan yang sempurna telah di beri, namun anak itu tidak mengikutnya, jangan di salahkan ibu bapa. Ibu bapa sudah menjalankan tanggungjawab dengan memelihara sebaik mungkin 'harta' milik Allah ini. Jika tiada pendidikan, carilah.

Ya, kita selalu mendengar ibu bapa malahan guru juga berkata, 'ish..degil la budak ni' why not we change it into something positive like Wardina did. Ibu bapa especially, sebab kata2 itukan doa. Why not we change it? Rather than say to them (children) 'degil', we can say 'soleh/solehah/baik'. It is part of doa too. Lagi2 jikalau Ibu yang berkata.

Bukan senang untuk menjadikan anak2 seperti kawan, tetapi ia amat mudah untuk berkawan dengan anak2. Satu saja kata kuncinya pada pandangan Hani, 'communication' atau 'komunikasi'. Perhubungan kawan bermula dengan komunikasi. Kita bercerita dengan kawan, kongsi rasa dengan kawan, kongsi masalah dengan kawan, dan macam2lah kita berkomunikasi/berkongsi dengan kawan. Untuk menjadi kawan kepada anak2, hanya perlu berkomunikasi. Tanya masalah dia, tanya kegembiraan dia, tanya kesedihan dia, kesusahan dia, kerisauan dia, apa yang dia hadapi dan macam2lah. Ibu bapa juga boleh berkongsi masalah mereka, kegembiraan mereka, kesedihan mereka, kesusahan mereka, kerisauan mereka; daripada hanya memberi arahan sebagaimana yang Wardina katakan. Ibu yang mengandungkan mereka, masakan ibu tidak memahami mereka. Mustahil seorang ibu tidak tahu bagaimana cara untuk 'berkawan' dengan anaknya sendiri.

Hani belum menjadi ibu, tetapi Hani sudah semestinya seorang anak. Anak kepada umi dan ayah. Untuk mencari ibu bapa yang memahami amatlah sukar. Mungkin 1 dlm 1000. Alhamdulillah umi ayah amat memahami. Tidak pernah memaksa, sentiasa memberi pilihan supaya kami dapat belajar dan timba pengalaman. Walaupun ada yang kata dan lihat ayah semacam garang je, sebenarnya tidak! Dia ayah yang penyayang. Kami tidak pernah di pukul dan di tengking. Untuk dimarahi pun susah. Cuma di beri nasihat. Umi pula tegas tetapi seorang kawan. Apa2 mesti di ceritakan dekat umi. Everything mesti cerita kat umi.

Memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa bukanlah mudah. Ia nya tugas yang paling berat di dunia. Anak menentukan sama ada kita gagal atau berjaya memikul amanah Allah. Harapan supaya dapat menjadi ibu bapa seperti umi dan ayah.