Saturday, January 21, 2012

Ujian.

Kita rasa masalah yang kita hadapi sudah sangat besar. Tapi jikalau kita mendengar masalah orang lain, terutama orang yang kita kenal, baru kita sedar bahawa ujian yang di beri oleh Allah untuk kita itu tidaklah sebesar mana. Ujian yang Allah berikan kepada kita mesti kita boleh tempuhi. Allah tidak akan memberi ujian yang hambaNya tidak boleh hadapi. Kerana Allah itu maha adil, saksama dan penyayang.

Allah turunkan ujian hanya kepada hamba2 yang Dia sayangi sahaja. Dengan ujianlah Allah menguji tahap keimanan kita. Sama ada meningkat atau menurun tahap keimanan kita hanya dengan ujian yang Allah berikan. Oleh itu, sentiasa bersyukur bila di uji. Kerana setiap kali kita di uji bermakna Allah sayangkan kita. Jangan selalu berkata, 'Kenapa harus aku? Kenapa tidak orang lain?' Sebaliknya berkatalah, 'Alhamdulillah, Allah beri aku ujian. Bermakna Allah pandang aku dan sayangkan aku."

Hidup dimuka bumi ini hanya satu, untuk di uji Allah. Di uji kerana ingin melihat tahap kesetiaan kita kepadaNya. Semakin kita setia, semakin banyak amal kita. Semakin banyak kita mengingati Dia, semakin kuat cinta kita kepadaNya. Semoga kita semua menempuhi ujianNya dengan sabar dan tenang.

No comments:

Post a Comment