Tuesday, February 28, 2012

SOLAT!!

Assalammualaikum...
Hmmm..mahu tulis apa ya...Banyak hendak di bicarakan..Tapi tak tahu dari mana hendak mula...
Yes, I'm not a perfect person. Yes..,I admit my amalan pun tak cukup..But I think I need to write this..I nak story bukan nak memalukan sesiapa or mengaibkan sesiapa..Just want to share my opinion and maybe my culture shock..haha..Ok2..Straight to the point.I want to share about Solat.
Ok, first time I enter alam pekerjaan its a bit culture shock for me. Maybe environment a bit different from study dulu kot.Hmm..not a bit, but a lot of different. Tapi its ok, itu la orang kata kerja kan.Tapi yang paling culture shock sekali ialah hmmm...hmmm...Hani tanya kawan yang belajar sama & kerja tempat yang sama, "Eh, diaorg tak solat ker?"..Ok..positive thinking, we must always be positive right..'Maybe diorg periot kot...tp lelaki pun periot ek..'huhu..'ok..maybe diorg solat tempat lain kot...' And after around 2 month there, "Ok diorg memang tak solat...and lelaki pun ada yang tak pergi solat jumaat.."

Ok2 saya culture shock!! I admit that. When pergi ke branch for 1 day. Saya cari surau. Tak ada!!!And saya tanya, "Solat dekat mana ye?"..and I got an answer "Terpaksa la Qada..." And I says to my self.."WHAT!!! Qada".."Tapi nasib time tu tak boleh solat..Hmmm.." Ok, that why I make a decision to transfer to HQ..office..

Then, lepas dah berhenti, masuk another tempat kerja..Surau semua ada..lengkap..selesa...tiptop..company Jepun...Ramai yang solat dan still ramai yang tak solat...Kenapa saya cakap macam tu..Berdasarkan pemerhatian..Kawan2 yang satu department, berapa je yang selalu nampak muka di surau..Ok..still positive...Diorang periot...then tak kan periot sampai 1 bulan or 2 bulan kan...Ok, I got it...Sebab bukan ramai melayu pun dalam department saya tu...

The big bos, yang top atas2 tu ada perempuan cina masuk Islam..Jujur cakap memang tak tutup aurat...then terdetik dalam hati and I ask Allah, Ya Allah moga2 dia solat..tembungkan aku dengannya di surau.Sebab saya tak nak salah sangka.One day saya tetiba ckp pada diri, "G solat kul 2.30 la.." tetiba bnyak kerja and my prayer tangguh pukul 3..Diri sendiri pelik kenapa nak pergi solat lambat kn..memang tertanya2 pada diri sendiri..Betul perancangan Allah siapa yang tahu..Tengah pakai tudung lepas habis solat, masuklah Bos besar cina tadi dalam surau..Allah dengar rupanya permintaan aku..Amin.

Maybe separuh orang menganggap buat apa solat kalau tak tutup aurat. But pada apa yang saya fikir secara logik, solat itu kan tiang agama. Jika solat seseorang itu terjaga, terjagalah segalanya. Memang menutup aurat itu penting, tapi apa yang lebih penting kan solat. Jaga solat dulu, ia lebih penting kan. Kemudian kita doa kan lah mereka menutup aurat. Hidayah hanya hak milik Allah. Doakan semoga kita dan mereka mendapat hidayah. Seriously, suka sangat lihat orang tak pakai tudung berada di surau solat. Coz actually kat luar sana ramai lagi orang yang menutup aurat or senang kata pakai tudung tak solat. Cuma saya selalu berdoa semoga mereka yang tidak menutup aurat, menutup aurat suatu hari nanti dan mereka yang tidak solat, solat.

Betul pakaian melambangkan peribadi seseorang, tapi di zaman sekarang kita tidak boleh menilai seseorang hanya dari segi pakaian..Semua bermula dari hati. Manusia boleh berubah. Semua perancangan Allah. Semoga Allah tetapkan kita pada agamaNya,menambah iman kita, dan memelihara kita. Amin.

Akhir kata, saya bukan manusia yang tebal iman dan amalan. Cuma kasihan kepada mereka yang meninggalkan suruhan Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan kita, juga meningkatkan iman dan amalan kita. Amin.

Saturday, February 18, 2012

UIA da best!


Lagu Matric UIA. Do not sure kalo dah tukar ke sekarang.



Lagu UIA time saya masuk dulu.



Lagu UIA time saya grad (2011..new song). Much more better, but for me lagu di atas n lagu sekarang, dua2 sedap. Sebab ini tempat di mana saya mendapat ilmu.




Terima Kasih UIA sebab mendidik saya, memberi ilmu yg sangat bermanfaat dari pelbagai segi, menukar saya to be a better person than before. TQ Allah sebab menghantar saya ke UIA. Really miss UIA. Apa-apa pun proud jadi UIA student.

Thursday, February 2, 2012

Perlis | 2 aktiviti dalam 1 masa.

Masa:28.1.2012
Tempat:Taman Ira, Perlis.
Acara:Majlis Perkahwinan Kak Long kami.

Tanggal pada tarikh yang tertera di atas, kak long kami iaitu Hanan Hayati selamat menjadi isteri kepada Halim Shah a.k.a Abg Shah. Nikah pada 27.1.2012. Tapi tidak berkesempatan untuk melihat pernikahan cehanan. Seriously cakap perkahwinan yang sangat2 cute mcm cik puan pengantin juga. Sebab cute; dari pengantin hingga ke pemberian di dalam goodies bag semuanya comel.First kita intai pelamin.


Sampai je ke rumah cik puan pengantin pagi tu terus terpegun tgk pelamin. Sungguh comel ok pelamin ni. Simple n nice. Actually pelamin ni ada 3 penal, tp Hanan ambil 1 penal je. Tak tahu sebab apa.Tapi tak ada acara merenjis pun, just utk bergambar. Serious kami semua suka pelamin cenan, sungguh comel.

Ni la dia pasangan pengantin yang di rai kan hari tersebut. Comelkan cik puan pengantin. Semoga berbahagia sampai syurga syg;D

Senyum sikit cenan comel. Ok, sangat gembira akhirnya selesai juga majlis awk. Amin..

Ini kawan2 cik puan pengantin yang buat kecoh hari tu. Jura gambar cik puan pengantin dah jadi juru gambar kawan2 dia pula. Macam kiteorg pula yang bayar cameraman tu. hahaha....Btw, ada lg 2 tak ada dalam gambar sebab tengah ambil gambar..hahaha...

Hanan & Farisa...

Haa.. Cik Lina & Rizal ni di request oleh En. pengantin sendiri.
Sebabnya...sebabnya lepas ni majlis depa lak. hehehe...
Lepas ni kami akan bergerak ke Johor...

Lepas Johor, ke Klang plak. Cik kak Harly yang bersama cik puan pengantin ni pula punya majlis. Seriously gembira sangat2 untuk korg.

Next....,hahahhahaha..Cik kak Hani tak tahu lagi bila ya. Jadi jangan bertanya2 bila. Bila tertulis didalam takdir ku bahawa aku akan berkahwin pada sekian2 tahun, tarikh, dan masa, maka tarikh dan masa tidak akan terlewat. Semua dengan izin Allah, kerana Dia yang mengatur segalanya, kita hanya merancang.
Bak kata cik kak Harly di atas, "kadang2 kita ingat lambat lagi giliran kita, tapi semua kuasa Allah, dengan kuasa Allah boleh jadi cepat." Dan dengan kuasa Allah juga boleh jadi lambat. Kerana kita hanya manusia yang merancang, tetapi jangan lupa kita ada 1 yang tahu apa yang betul2 terbaik untuk kita. Conclusion, jgn tanya bila saya akan berkahwin. Sampai jemputan nanti jangan pula tak hadir..hehe..maaf, terpanjang lak..


Ala sedih sangat sebab tak dapat ambil gambar kasut cik puan pengantin. Serious, kasut cik puan Hanan sangat2 cantik. Lupa juga nak ambil gambar goodies bag n benda2 dalam tu. Bagi cik kak Hani, majlis cik puan Hanan perfect. Makanan pun sedap. Sebab apa puji lebih2, may be orang akan ingat cik kak Hani puji lebih2 sebab cik puan Hanan kawan dia. Sebenarnya tak juga, sebab bak kata cik kak Ainun, Hanan seorang yang teliti bila memilih barang. Buktinya dulu bila keluar shoping dgn cenan, dia memang teliti memilih barang. Jadi dgn ketelitian dia tu, hasilnya memuaskan. Macam pelamin & kasut. Btw, kasut tu cari sampai ke Kedah ok...itu pun bak kata Hanan orang yang teman beli pun dah penat nak melayan..hehe.. Untuk majlis perkahwinan yang satu, apa salahnya kita menjadi lebih teliti dan cerewet untuk mendapat kepuasan yang maksimum. Last, Selamat Pengantin Baru my cute n lovely friend. And pada bakal pengantin yang lagi dua tu, selamat membuat persiapan.

p/s: sila sediakan service terbaik utk da ropolz k..huhu:p

Opss lupa nak ckp, petang tu kami g jln2 Perlis. Kiranya sambil nyelam minum air la sebab tak rancang pun nak berjalan2.Kak Husna Kajol bawa jalan..best!!! Kak Husna Kajol belanja makan..Banyak!! Terima Kasih daun keladi Kak Husna Kajol, lain kali boleh belanja lagi..hahaha...Kak Husna Kajol bawa kiteorg pergi kilang dia..Dapat la kiteorg tengok mcm mana dia proses air sarang burung tu..huhu..paling best bilik dia la...haaaiiii..bilik kak Husna Kajol, aku rindu kn kamu. huhu..Sory gambar jalan2 tak di snap di camera sendiri. di snap di camera cik kak Farra. hehe..




Saturday, January 21, 2012

Ujian.

Kita rasa masalah yang kita hadapi sudah sangat besar. Tapi jikalau kita mendengar masalah orang lain, terutama orang yang kita kenal, baru kita sedar bahawa ujian yang di beri oleh Allah untuk kita itu tidaklah sebesar mana. Ujian yang Allah berikan kepada kita mesti kita boleh tempuhi. Allah tidak akan memberi ujian yang hambaNya tidak boleh hadapi. Kerana Allah itu maha adil, saksama dan penyayang.

Allah turunkan ujian hanya kepada hamba2 yang Dia sayangi sahaja. Dengan ujianlah Allah menguji tahap keimanan kita. Sama ada meningkat atau menurun tahap keimanan kita hanya dengan ujian yang Allah berikan. Oleh itu, sentiasa bersyukur bila di uji. Kerana setiap kali kita di uji bermakna Allah sayangkan kita. Jangan selalu berkata, 'Kenapa harus aku? Kenapa tidak orang lain?' Sebaliknya berkatalah, 'Alhamdulillah, Allah beri aku ujian. Bermakna Allah pandang aku dan sayangkan aku."

Hidup dimuka bumi ini hanya satu, untuk di uji Allah. Di uji kerana ingin melihat tahap kesetiaan kita kepadaNya. Semakin kita setia, semakin banyak amal kita. Semakin banyak kita mengingati Dia, semakin kuat cinta kita kepadaNya. Semoga kita semua menempuhi ujianNya dengan sabar dan tenang.

Friday, January 20, 2012

Anak amanah.



When I saw this video, the first thing came into my mind was ' I hope I can be a very good mother to my children like my umi did.'

Bila dengar ayat 'Anak itu amanah', ok memang semua orang dah realize yang anak itu amanah dan anugerah dari Allah. Tapi Hani saja ingin mencatatkan di blog tentang pandangan Hani mengenai 'anak itu amanah'. Bukan untuk sesiapa, untuk diri sendiri yang bakal menjadi ibu suatu hari nanti. Untuk rujukan sendiri andai kata suatu hari nanti terlupa. Al-maklumlah manusia sentiasa alpa dan perlu sentiasa di ingati.

Bila Allah berkata anak itu amah, bagi Hani Allah menyuruh kita menjaga dan memelihara dengan sebaik mungkin 'hamba' yang telah lama Dia pelihara dan sayangi. Dengan kata mudah, jagalah 'harta' milik Allah yang tidak ternilai ini.

Ibu Bapa hanya di beri amanah oleh Allah untuk menjaga 'hamba Nya' yang suci ini. Di sebabkan itu wajiblah keatas ibu bapa mendidik anak2 mengenal Allah, mengenal Rasul, mengenal Islam. Sebab itulah tugas ibu bapa di dunia. Ibu bapa ibarat penjaga dan guru. Penjaga untuk menjaga 'harta' yang paling berharga dan guru untuk mendidik dan membimbing. Anak bukan hak milik mutlak ibu bapa. Anak ialah hak milik mutlak Allah. Begitu juga dengan ibu bapa, semua yang bergelar anak, ibu bapa bukan hak milik mutlak kita. Ibu bapa hak milik mutlak Allah.
Jangan di tangisi dan di kesali jikalau berlaku apa-apa ke atas anak dan ibu bapa, kerana Allah pemilik mutlak kita maha mengetahui apa yang di aturkan Nya.

Jika didikan yang sempurna telah di beri, namun anak itu tidak mengikutnya, jangan di salahkan ibu bapa. Ibu bapa sudah menjalankan tanggungjawab dengan memelihara sebaik mungkin 'harta' milik Allah ini. Jika tiada pendidikan, carilah.

Ya, kita selalu mendengar ibu bapa malahan guru juga berkata, 'ish..degil la budak ni' why not we change it into something positive like Wardina did. Ibu bapa especially, sebab kata2 itukan doa. Why not we change it? Rather than say to them (children) 'degil', we can say 'soleh/solehah/baik'. It is part of doa too. Lagi2 jikalau Ibu yang berkata.

Bukan senang untuk menjadikan anak2 seperti kawan, tetapi ia amat mudah untuk berkawan dengan anak2. Satu saja kata kuncinya pada pandangan Hani, 'communication' atau 'komunikasi'. Perhubungan kawan bermula dengan komunikasi. Kita bercerita dengan kawan, kongsi rasa dengan kawan, kongsi masalah dengan kawan, dan macam2lah kita berkomunikasi/berkongsi dengan kawan. Untuk menjadi kawan kepada anak2, hanya perlu berkomunikasi. Tanya masalah dia, tanya kegembiraan dia, tanya kesedihan dia, kesusahan dia, kerisauan dia, apa yang dia hadapi dan macam2lah. Ibu bapa juga boleh berkongsi masalah mereka, kegembiraan mereka, kesedihan mereka, kesusahan mereka, kerisauan mereka; daripada hanya memberi arahan sebagaimana yang Wardina katakan. Ibu yang mengandungkan mereka, masakan ibu tidak memahami mereka. Mustahil seorang ibu tidak tahu bagaimana cara untuk 'berkawan' dengan anaknya sendiri.

Hani belum menjadi ibu, tetapi Hani sudah semestinya seorang anak. Anak kepada umi dan ayah. Untuk mencari ibu bapa yang memahami amatlah sukar. Mungkin 1 dlm 1000. Alhamdulillah umi ayah amat memahami. Tidak pernah memaksa, sentiasa memberi pilihan supaya kami dapat belajar dan timba pengalaman. Walaupun ada yang kata dan lihat ayah semacam garang je, sebenarnya tidak! Dia ayah yang penyayang. Kami tidak pernah di pukul dan di tengking. Untuk dimarahi pun susah. Cuma di beri nasihat. Umi pula tegas tetapi seorang kawan. Apa2 mesti di ceritakan dekat umi. Everything mesti cerita kat umi.

Memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa bukanlah mudah. Ia nya tugas yang paling berat di dunia. Anak menentukan sama ada kita gagal atau berjaya memikul amanah Allah. Harapan supaya dapat menjadi ibu bapa seperti umi dan ayah.

Friday, December 16, 2011

Pemimpin yang saya kagumi.

Terfikir tajuk ni kerana ada pengalaman interviewer bertanyakan soalan ni pada setiap calon2. Tiba giliran aku, aku pon menjawab siapa pemimpin yang aku kagumi. Kemudian dapat aku tahu daripada salah seorang interviewer di mana semua jawapan yang diberikan sama kecuali jawapan seorang gadis berlainan dari yang lain. Gadis itu menjawab pemimpin yang dia kagumi ialah AYAH nya. Kagum aku mendengar jawapannya. Untuk pengatahuan, gadis itu berbangsa India. Hanya jawapan dia seorang sahaja berlainan dari yang lain.

Kemudian aku terfikir, IYA!! Pemimpin yang aku kagumi sebenarnya ialah AYAH ku. Bila dah meningkat dewasa ni, pemikiran pun kadang2 matang (kadang2 je...selalu berfikir kebudak2kan je:p) Iya..,saya dengan bangganya ingin memberitahu pemimpin yang saya kagumi ialah ayah saya.

Kenapa saya kagum dengan ayah saya. Opsss...salah2...kenapa saya sangat2 kagum dengan ayah saya.......

Ok mungkin semua orang akan berkata "alah biasa la kagum dengan ayah. semua orang mesti kagum dengan ayah n ibu sendiri." Tapi sedarkah anda bahawa kita patut bersyukur kerana di kurniakan Ibu dan Ayah yang amat memahami. Dan iya, saya sangat bersyukur kerana Allah memberikan saya ibu, ayah, dan adk2 yang sangat2 saya kagum. Kerana kita tidak berhak memilih siapa ibu dan ayah kita. Jadi bersyukurlah kita kerana mendapat ibu dan ayah yg sangat menyayangi kita.

Tahukah kita bahawa tidak semua orang bertuah dapat merasai kasih sayang ibu dan ayah. Sesungguhnya kasih sayang ibu dan ayah amat berharga. Sebenarnya ayah juga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak2. Kasih sayang ibu dan kasih sayang ayah tidak dapat di samakan. Anda, anda,dan anda di luar sana patut bersyukur kerana masih mempunyai ayah yang sangat2 bertanggungjawab dan menyayangi anda dgn apa bentuk/cara sekalipun. Pernahkah kita terfikir bahawa di luar sana masih ramai orang yang tidak dapat merasai kasih sayang seorang ayah.

Saya tidak memerlukan contoh yang jauh. Contoh yang terdekat dengan saya ialah "kawan lelaki" saya sendiri sudah kehilangan seorang ayah ketika di usia muda (belasan tahun). Satu hari saya pergi menonton wayang cerita "Real Steal" dgnnya. Selepas habis wayang, tanpa segan silu Dia mengaku Dia termenangis (sikit je kataner..hehe..)di akhir cerita. Maaf,saya tidak berniat untuk memalukan Dia. Cuma sekadar contoh. Cerita tersebut berkisahkan hubungan antara ayah dan anak. Selepas Dia memberitahu bahawa dia menangis, saya yg suka menyakat ni pun kata la, "la..nangis ker.." tapi dalam hati saya, hanya saya dan Allah saja yang tahu di mana saya rasa sangat2 sedih dan bersyukur. Sedih kerana Dia sangat rapat dengan ayahnya dan sekarang kehilangan kasih seorang ayah, dan bersyukur kerana saya masih lagi mempunyai ayah. Hargailah ayah kita walau apa perangai sekali pun dia. Kerana ayah juga manusia, tanpa ayah, kita tidak akan ada di dunia.

Dan sebab mengapa saya sangat mengagumi ayah saya tidak perlulah saya ceritakan di sini. Hanya saya, adk2, dan ibu saya sahaja tahu mengapa kami sangat menghormati dan mengagumi pemimpin hidup kami. Semoga bakal suami seperti ayah. Amin.

Friday, October 14, 2011

6 years...

2005: Dapat sms yang saya di terima menyambungkan pelajaran di Universiti ini.
Syukur tidak terhingga.
Melompat2.
:)




Bulan 7 2005: Memulakan langkah sebagai pelajar U di sini.
Pusat Asasi di Petaling Jaya.
Syukur kehadrat Ilahi kerana memberi Roommate (Ratna Dewi,Farah Diana,Syatilla,Wani law) yang sangat2 baik.

Pelbagai kenangan ketika berada di sana (pusat asasi).
Semestinya tak dapat di lupakan.
Antaranya:

Psychology Class. Sir Anwar Omar (AO) paling best.
Sesungguhnya amat2 merindui saat ini. Pelbagai ragam,watak,dan perangai.
Terbaiklah.

Waktu ni nak pergi Parliment ada lawatan untuk kelas political science.
Lawatan sambil belajar + enjoy.
Banyak pengalaman yang dapat ketika lawatan.
TQ sir Mohi for the unforgettable experience.


Tak silap nama sir ni sir Majid (kalo saya salah saya minta maaf ye rakan2).
Sir ni pun baik.
Dah berapa anak dia ada sekarang ye?
Time ni dia tak kahwin lagi.
Elok kami ke Gombak,dia kahwin.
;)

Ini kawan2 rapat pada masa itu.
Dan pada masa sekarang juga.
;)


Selepas 2 tahun berada di PJ,alhamdulillah kami semua selamat ke Gombak bersama2.
Kami terdiri daripada:
Hani(aku), Harly,Hanan,Haslina,Farawahida,Farah Diana,Ainun,Aimi & Edayu.
Di sinilah Da Ropolz terbentuk.
Sentiasa bersama,kekal selamanya.
Amin.


Ini bilik pertama ketika di Gombak.
Menetap di mahallah Haleemah.


Satu bilik terdiri daripada 4 orang.
Sister Harly(2dung purple) n sister Lina(2dung kelabu) ialah rumate saya.
Sister comel tu bukan rumate saya ketika ini.
Dia Hanan.
Di mana biliknya bersama Farra n Farah.
Di situ la tempat medang(minum ptg) kami setiap petang.
1st year la katakan.
Banyak masa renggang.
:D

Ini bilik ketika 2nd year.
Turun bawah sikit.
Tak la penat nak menapak.
hee.

UIA saja nak bagi saya senaman kot.
Sebab tu time 3rd year dapat bilik tingkat 4 balik.
:(

Haa..yang ni pilih sendiri.
Sebab time 4th year da start boleh pilih bilik n rumate sendiri.
Sebab tu menapak ke tingkat 2.
Tak payah naik tangga.
Sayang lemakla katakan.
~hohoho~


Ni la bentuk bilik di dalam.
Setiap org dapat 1 compartment.
Best. Privacy.
p/s:sila abaikan buku yang bertaburan di atas katil!

Ni ruang tengah.
Kira macam ruang tamu la.
Ni la tempat selalu medang dari 1st year sampai final year.
:)

Bilik yang selalu jadi tempat lepak ketika final year.
Macam2 kenangan.
Bergaduh dengan pencuri pun depan bilik ni.
~ngee~

Block E ialah block terbest.
Kenapa?
Sebab memang dari 1st-4th year duk block sama jer.
huhu.
Pernah tukar kejap ke block B masa short sem.
p/s:(chun kan model i:p)


Jangan kata korang da lupa jalan ni.
Ni la pintu belakang.Short cut kita panggil utk ke kelas.
Harus tak lupa OK.
:D

Female sport complex.
Kawan2!
Pernah ke kita bersenam di sini?
Pernah!
Tapi 1tahun sekali pun tak tentukan.
~hehe~
At least kita pernah jgk menapak kat sini.

Kalo malas nak lalu laluan atas,laluan bawah ni akan di gunakan.
Dua2 sama je jaraknya.
Bawah ni ada view sikit kan kawan2.
Bau2an pun ada.
~hehehe:p~

Laluan atas.
Hanya di UIA jika nak melintas tidak perlu memandang kiri dan kanan.
Hanya perlu memandang kiri shj.
Model i,knp u pandang kanan?
Tak de kereta pun akan muncul dari arah kanan.motor maybe.
:)

Sebenarnya selama 4 tahun di Gombak,
Banyak kenangan yang telah di lakarkan oleh kami.
Tapi kalo nak masukkan satu2 gambar,alamatnya jadi novel la nanti.
Jadi saya pilih kenangan yang paling akhir ketika di mahallah.
Esoknya semua akan berangkan pulang ke rumah masing2.
Jadi malam tu kita buat BBQ.
Tapi ada peristiwa yang tak dapat di lupakan.
Kenanag itu semua.
:)

Sebelum berangkat balik,yuk kita bergambar dulu buat kenangan.
Sesi bergambar di sekitar UIA.
Love dis pic.
Tapi sayang,Farah tak ada.
:(

Cafe HS.
Tempat selalu lepak.
Time lapar or tak lapar.
Tapi sekarang mamak da tukar owner.
Dah tak sedap.
HS cafe bukan sahaja terkenal di kalangan student2 HS.
Tetapi juga most students from different department and pekerja pun makan di sini.
Hebatkan HS Cafe.
:D

Setelah penat lelah selama 6 tahun (Matrik + Gombak).
Akhirnya.....
Grad juga kita.
Dapat juga kita merealisasikan impian kita untuk bergraduasi bersama2.
Alhamdulillah tak ada yang sangkut.
Semua mendapapat keputusan cemerlang.
Berkat usaha gigih kita bersama.



Mek Nun,jangan sedih2.
Nanti saya n yang lain pun sdh
:'(
Walaupun sekarang,
semua membawa haluan masing2,
ada yg di utara dan ada yang di selatan,
tapi persahabatan kita tetap kukuh.

Walaupun teknologi canggih,
tapi tidak dapat mengubat rindu utk menyengal2 dgn kamu2 semua.

Terima Kasih yang tidak terhingga kerana kamu semua membentuk siapa saya sekarang.
Kamu semua banyak mengajar saya.
Daripada tidak reti bergaul,
Sehingga reti bergaul.
Dan macam2 lagi.

Terima Kasih juga untuk kenangan2 terindah,
selama 6 tahun ini.
Bermacam2 telah kita lalui bersama.
Manis mahu pun pahit,
Ia tetap kenangan.

Kamu2 lah yang terindah.
Yang mengajar saya erti kehidupan selain ibu bapa dan adk2 saya.
Terima Kasih lagi sekali untuk kalian.

Dan juga....
Tahniah kawan kerana berjaya.

Jangan lupakan saya ya bila dah berkerjaya.
.Always LOVE U Gurls.

p/s:Hope dapat berjumpa di kenduri kahwin si gadis manis dari Perlis.

With L.O.V.E:-
~H.O.N.E.Y~