Thursday, October 14, 2010

Buat Insan yang Ku Sayangi

Buat insan yang ku sayangi,

Bersabarlah dengan apa jua dugaan yang datang.

Bersabarlah dengan mereka-mereka itu.


Buat insan yang ku sayangi,

Tanamkanlah kepercayaan di dalam dirimu bahawa suatu hari nanti semuanya akan kembali seperti sedia kala. Insyaallah lagi baik dari yang sebelumnya.

Percayalah dengan janji Allah bahawa sesuatu itu ada ganjaranya jikalau kita bersabar sampai keakhirnya.

Sentiasalah kita ikhlas mendoakan yang terbaik untuk mereka walaupun mereka tidak mengetahuinya.

Sentiasalah mengharapkan yang terbaik.

Kerana mereka tetap darah daging mu.

Kerana mereka pernah mempunyai pengalaman manis dengan mu.

Tatkala engkau bersedih, ingatilah pengalam manis yang engkau selalu lalui bersama.


Buat insan yang ku sayangi,

Engkau tidak keseorangan menghadapinya.

Suami mu, anak-anak mu, adik-adik mu, dan kawan baik mu sentiasa di sisi mengharungi bersama mu.

Walaupun ramai salah angap dan membuat pelbagai cerita tengtangmu, tetapi kami tetap di sisi mu.


Buat insan yang ku sayangi,

Teruskan perjuangan mu.

Persetankan mereka-mereka itu.

Sesungguhnya tamak haloba telah menguasai diri mereka.

Hanya dengan berdoa sahaja boleh mengubah mereka.

Berdoa dan teruslah berdoa. Tanpa putus.


Buat insan yang ku sayangi,

Pesanan terakhir dari ku anak mu,

Bersabarlah dengan apa yang engkau tempuhi.

Ingatlah engkau akan perjuangan Rasulullah yang di sayangi.

Sungguh perit menegakkan kebenaran.

Jadikanlah kisah Rasulullah sebagai tauladan dan juga penguat mu.

Sesungguhnya kami sangat menyayangi mu.

No comments:

Post a Comment