Saturday, August 22, 2009

KITA HAMBA NYA

Kita hamba ALLAH. Sebagai hamba Nya, apa yang telah kita lakukan? kebaikan atau kejahatan, di belenggu dosa atau di limpahi cahaya keimanan??? sebagai hamba Nya, manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Tetapi persoalannya, berapa kerap kalikah kita telah melakukan dosa dan berapa kerapkah kita melakukan kebaikan??

Aku...aku sedar bahawa aku telah banyak melakukan dosa selama aku hidup di dunia ini hampir 21 tahun 11 bulan...macam2 dosa telah aku lakukan...bak kata kwn ku di blognya, sewaktu kecil kita ibarat kain putih, tetapi kain putih itu telah tercemar oleh segala dosa2 yang telah kita cipta sendiri. Payahkah diri ku ini untuk bertaubat ya ALLAH; tuhan yang maha mengetahui segala isi kandungan di alam ini dan maha mengetahui segala rahsia yang berlaku kepada hambaNya. YA ALLAH.., hamba mu ini teringin sangat bertaubat kepada mu...memohon keampunan kepada mu...kadang kala hambamu ini sendiri jijik dengan dirinya bila teringat akan dosa2 yang telah dia lakukan.

YA ALLAH adakah aku di kalangan hamba2 mu yang engkau redhai, yang engkau sayangi, yang engkau kasihi?? sesungguhnya aku tahu bahawa diri ku ini tidak layak mendapat semua itu daripadamu ya ALLAH ya tuhan ku...Aku sangat menyayangi mu dan juga menyayangi Rasul ku, Muhammad S.A.W...tetapi kenapa aku tidak mengikut jejak baginda, ajaran baginda. Sedih bila terkenangkan betapa besarnya pengorbanan NABI AKHIRZAMAN itu untuk menegakkan agama yang suci iaitu ISLAM. Baginda sangat2 menyayangi dan mengasihi umat2 nya...tetapi kenapa umat2 nya terutamanya aku tidak sedar akn kesusah payahan dan keperitan yang telah di lalui beliau?? mengapa kita terus melakukan perkara2 yang di larang dan ditegah oleh ALLAH. Mengapa...mengapa... dan mengapa....??

YA ALLAH.., engkau berikanlah pertunjuk dan hidayah kepada org2 yang aku sayangi dan terutamanya kepada diri ku ini yang tidak habis2 melakukan dosa2...matikanlah aku dalam keadaan beriman dan sempat memohon taubat kepadamu...AMIN ya rabbal al-amin.

No comments:

Post a Comment