Friday, December 16, 2011

Pemimpin yang saya kagumi.

Terfikir tajuk ni kerana ada pengalaman interviewer bertanyakan soalan ni pada setiap calon2. Tiba giliran aku, aku pon menjawab siapa pemimpin yang aku kagumi. Kemudian dapat aku tahu daripada salah seorang interviewer di mana semua jawapan yang diberikan sama kecuali jawapan seorang gadis berlainan dari yang lain. Gadis itu menjawab pemimpin yang dia kagumi ialah AYAH nya. Kagum aku mendengar jawapannya. Untuk pengatahuan, gadis itu berbangsa India. Hanya jawapan dia seorang sahaja berlainan dari yang lain.

Kemudian aku terfikir, IYA!! Pemimpin yang aku kagumi sebenarnya ialah AYAH ku. Bila dah meningkat dewasa ni, pemikiran pun kadang2 matang (kadang2 je...selalu berfikir kebudak2kan je:p) Iya..,saya dengan bangganya ingin memberitahu pemimpin yang saya kagumi ialah ayah saya.

Kenapa saya kagum dengan ayah saya. Opsss...salah2...kenapa saya sangat2 kagum dengan ayah saya.......

Ok mungkin semua orang akan berkata "alah biasa la kagum dengan ayah. semua orang mesti kagum dengan ayah n ibu sendiri." Tapi sedarkah anda bahawa kita patut bersyukur kerana di kurniakan Ibu dan Ayah yang amat memahami. Dan iya, saya sangat bersyukur kerana Allah memberikan saya ibu, ayah, dan adk2 yang sangat2 saya kagum. Kerana kita tidak berhak memilih siapa ibu dan ayah kita. Jadi bersyukurlah kita kerana mendapat ibu dan ayah yg sangat menyayangi kita.

Tahukah kita bahawa tidak semua orang bertuah dapat merasai kasih sayang ibu dan ayah. Sesungguhnya kasih sayang ibu dan ayah amat berharga. Sebenarnya ayah juga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak2. Kasih sayang ibu dan kasih sayang ayah tidak dapat di samakan. Anda, anda,dan anda di luar sana patut bersyukur kerana masih mempunyai ayah yang sangat2 bertanggungjawab dan menyayangi anda dgn apa bentuk/cara sekalipun. Pernahkah kita terfikir bahawa di luar sana masih ramai orang yang tidak dapat merasai kasih sayang seorang ayah.

Saya tidak memerlukan contoh yang jauh. Contoh yang terdekat dengan saya ialah "kawan lelaki" saya sendiri sudah kehilangan seorang ayah ketika di usia muda (belasan tahun). Satu hari saya pergi menonton wayang cerita "Real Steal" dgnnya. Selepas habis wayang, tanpa segan silu Dia mengaku Dia termenangis (sikit je kataner..hehe..)di akhir cerita. Maaf,saya tidak berniat untuk memalukan Dia. Cuma sekadar contoh. Cerita tersebut berkisahkan hubungan antara ayah dan anak. Selepas Dia memberitahu bahawa dia menangis, saya yg suka menyakat ni pun kata la, "la..nangis ker.." tapi dalam hati saya, hanya saya dan Allah saja yang tahu di mana saya rasa sangat2 sedih dan bersyukur. Sedih kerana Dia sangat rapat dengan ayahnya dan sekarang kehilangan kasih seorang ayah, dan bersyukur kerana saya masih lagi mempunyai ayah. Hargailah ayah kita walau apa perangai sekali pun dia. Kerana ayah juga manusia, tanpa ayah, kita tidak akan ada di dunia.

Dan sebab mengapa saya sangat mengagumi ayah saya tidak perlulah saya ceritakan di sini. Hanya saya, adk2, dan ibu saya sahaja tahu mengapa kami sangat menghormati dan mengagumi pemimpin hidup kami. Semoga bakal suami seperti ayah. Amin.

No comments:

Post a Comment