Thursday, December 16, 2010

Umi.Ibu.Mother.Mama.Mami.Mak



~Da greatest Umi in da world.Love U~



Wahai anak,apakah kau mengerti
Bertapa deritanya ibu yang mengandung
Aduhai anak,apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu
Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Di belai dah di manja setiap hari
Di malam hari tidur tak menentu
Tapi tak mengapa kerna kau di sayangi.
(Raihan-Odei Anak)

Apakah kita benar2 memahami erti kesusahan yang di tangung oleh IBU kita?

TIDAK! selagi si gadis tidak bergelar ibu dan si teruna tidak bergelar ayah!
Keperitan yang di tanggung oleh Ibu dan tidak lupa juga ayah kita akan kita mengerti dengan sepenuh jiwa apabila kita telah menjadi seperti mereka.

Sedarlah wahai anak! Hidup ini bagaikan roda yang berputar tanpa henti.
Oleh itu, hargailah mereka terutama IBU seperti mana dia mengasihani ANAKnya semasa kecil.
Sedarkah kita bahawanya IBU & AYAH hanya satu di dunia.
Insan yang bernama PERMATA itu hanya wujud satu di dunia untuk setiap orang.
Mereka tiada gantinya.
Hargailah, sayangilah, manjakanlah mereka selagi mereka masih wujud di dunia ini.
Jangan di sesal jikalau mereka telah pergi meningalkan kita sendirian kelak!

Jangan di persalahkan IBU AYAH yang tidak mendidik.
Kerana mereka telah cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik untuk ANAK.
Baik buruknya mereka, mereka tetap berjaya mendidik dan membesarkan kita sehingga terjadinya kita hari ini.

Jahatkah kita, itu bukan salah mereka.
Mereka sudah memberikan yang terhebat untuk PERMATA hati mereka.
Salahkan diri sendiri.
Jadi terimalah mereka seadanya.

Hanya ALLAH yang maha mengetahui mengapa MEREKA di pilih menjadi IBU AYAH kita.
Bersyukurlah atas nikmat yang di berikan olehNYA.
Nikmat yang tidak terhingga.

Walau apa sahaja pangilan kita untuk mereka,
MAMAkah IBUkah UMIkah MAMIkan,
Mereka tetap PERMATA kiata yang satu.
PERMATA yang tiada nilainya untuk di ganti.
HARGAILAH MEREKA SELAGI MEREKA MASIH ADA!


3 comments:

  1. betul.. jgn nnti bila mereka da tiada, baru nak meratapi.. nway, suka lagu odei anak tu :)

    ReplyDelete
  2. huhu...btl2...sbb lagu tu lah sy dapat ilham..hehehe....~~

    ReplyDelete