Friday, February 18, 2011

Pengakuan Ikhlas


Sebelum tuan punya blog nak buat pengakuan ikhlas, mari tuan punya blog nk cerita sikit macam mana tetibe rasa nak buat pengakuan ikhlas pula. Bergini ceritanya:

Tuan punya blog buka Blog family tuan punya blog. tetiba baca post yang adik tuan punya blog post kn.post pasal ayah tuan punya blog buat pertama kalinya terbang. sebelum ayah terbang, ayah dapat offer kerja kat mana tah tapi dalam Malaysia ni tapi bukan kat KL. Nak tak nak ayah kena lah terima. dula ayah keje mana2 kami semua ikut. tapi kali ni tak ikut sebab malas dah nak pindah randah. penat.

sebaik saja tahu berita tu, (ok2....tiba part pengakuan ikhlas nie) tuan punya blog sedih. Malam tu tanpa di duga tuan punya blog pun menangis. menangis ok...bukan menangis sikit2...menangis banyak2....hahahahha...(oh sungguh malu ner pengakuan ikhlas ni..:P)..nangis macam kat bawah nie...comel kan....hahahahaha:p





lepas tu ayah pun berkerjalah mencari rezeki. tapi ayah balik tiap2 minggu. Tak lama lepas tu ayah dapat offer terbang...haaaa...hambek ko...dr dpt blk tiap2 minggu jadi blk 3 or 6 bulan sekali...ok..nangis sekali lagi...hahahahha...nangis jer keje ko tuan punya blog ea..:p

tapi time tu budak2..baru form 5 kot...tak matang lagi..hehehehe...(konon...mcm sekarang dah matang:p) Tapi sekarang dah ok dah...

Ada hikmah di sebalik semua ni...knp Allah tetapkan ayah kena kerja jauh2 dari family...ini dari tuan punya blog punya point of view lah kan...hikmah nya, menjadi kan kami iaitu ank2 Zaharin n Zuzalina lebih matang..kalo tak dulu umi ayah depan mata jer...semua kerja tak tahu nk buat...semua manja...eerrr...tapi umi tak manja kan sangat...ayah yg manja kn...hehehehe....
InsyaAllah bila ayah jauh mcm ni masing2 tahu peranan dan tanggungjawab masing2...Masing2 tahu nk pikul mcm mana...even anak bongsu tu pun matang...mana tak nya..,ayah terbang ketika dia darjah 1...sekarang dia dah form 2...

maybe ada lagi hikmah2 yg tersembunyi yg tuan punya blog tak tahu. sebagai hamba Allah kita tak tahu apa hikmah di sebalik sesuatu kejadian itu. Sebab Allah maha mengatahui. Dia akan menyediakan segalanya yg terbaik utk hamba2 Nya..yg buruk semua datang dari kita...jadi percayalah akan hikamh di sebalik kejadian.

p/s: errrkkk...1st time bt pengakuan ikhlas menangis nie coz tuan punya blog tak pernah menangis dpn family. biasalah, perangai mcm umi hati keras..hahahahha...

Friday, January 14, 2011

Chuti time~~


Date:31.December.2010-2.Jan.2011
Place:Merata2 di Melaka

P/S: Gambar di susun mengikut perjalanan..wee~~


On Da Way



Mlm nie kami buat BBQ di pantai Puteri~



















Place:Zoo Melaka
(Hani Bt Zaharin sedang menghantar binatang jagaan ner melawat kwn2 mereka:p)


Cruise~ Best~~


Ini ialah org yang bertanggungjwb membawa kami berjalan2 n memberi kami tempat berteduh..
hehehe...
Tq kpd kakak n abg ipar ceain..~





Si Merah~

Date: 18&19.December.2010
Place: Muadzam Shah, Pahang

Okey org kg.
Di bawah ialah gambar2 da ropolz di kenduri kahwin
salah seorang kakak da ropolz.


~Da Ropolz~


Majlis Khatam Qur'an

Aktiviti di kala kebosanan~


Ni lah pengantin ner. Sweet rite.
Merah Putih gitu~


Selepas akad nikah~

Ni lecturer kami;D

Pengangkut dulang~










Mom salah seorg kawan kiteorg yg tak tiba2 lagi time nie.
hehehe...

P/S: merah x kami;)??

Thursday, December 16, 2010

Umi.Ibu.Mother.Mama.Mami.Mak



~Da greatest Umi in da world.Love U~



Wahai anak,apakah kau mengerti
Bertapa deritanya ibu yang mengandung
Aduhai anak,apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu
Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Di belai dah di manja setiap hari
Di malam hari tidur tak menentu
Tapi tak mengapa kerna kau di sayangi.
(Raihan-Odei Anak)

Apakah kita benar2 memahami erti kesusahan yang di tangung oleh IBU kita?

TIDAK! selagi si gadis tidak bergelar ibu dan si teruna tidak bergelar ayah!
Keperitan yang di tanggung oleh Ibu dan tidak lupa juga ayah kita akan kita mengerti dengan sepenuh jiwa apabila kita telah menjadi seperti mereka.

Sedarlah wahai anak! Hidup ini bagaikan roda yang berputar tanpa henti.
Oleh itu, hargailah mereka terutama IBU seperti mana dia mengasihani ANAKnya semasa kecil.
Sedarkah kita bahawanya IBU & AYAH hanya satu di dunia.
Insan yang bernama PERMATA itu hanya wujud satu di dunia untuk setiap orang.
Mereka tiada gantinya.
Hargailah, sayangilah, manjakanlah mereka selagi mereka masih wujud di dunia ini.
Jangan di sesal jikalau mereka telah pergi meningalkan kita sendirian kelak!

Jangan di persalahkan IBU AYAH yang tidak mendidik.
Kerana mereka telah cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik untuk ANAK.
Baik buruknya mereka, mereka tetap berjaya mendidik dan membesarkan kita sehingga terjadinya kita hari ini.

Jahatkah kita, itu bukan salah mereka.
Mereka sudah memberikan yang terhebat untuk PERMATA hati mereka.
Salahkan diri sendiri.
Jadi terimalah mereka seadanya.

Hanya ALLAH yang maha mengetahui mengapa MEREKA di pilih menjadi IBU AYAH kita.
Bersyukurlah atas nikmat yang di berikan olehNYA.
Nikmat yang tidak terhingga.

Walau apa sahaja pangilan kita untuk mereka,
MAMAkah IBUkah UMIkah MAMIkan,
Mereka tetap PERMATA kiata yang satu.
PERMATA yang tiada nilainya untuk di ganti.
HARGAILAH MEREKA SELAGI MEREKA MASIH ADA!


Tuesday, December 7, 2010

Geram yang Berganda~~


Ok tak kira nak lepas kan geram kat sini jgk.
Mula2 hp dah sengal.
Pas tu memory card lak bt hal.
File dlm tu sumer corrupt x leh bc.
eeee!! tensen.
Rasa nak campak jer..huhu..
Tapi tak pe lah..
Selagi blh guna tuk kol n msj kira orite r tu..

Friday, December 3, 2010

ATTENTION PLEASE!!

Attention Please!!
To all IIUM students,please take note.
In 6.12.2010
We will face the most important thing.
The thing is....
Teng3...
*
*
*
*
*

Are we ready to face it??
~tuing2~~
"NO!!" (scared to face it?)
"Oh." (normal mood)
"Wow!!!" (excited)

Whatever the feeling that we feel right now, we must face the fact.
"Oh my God!! I really scared to look at my result"
"Only Allah know how I feel right now.!!"

Ah!! tak terkata.
Sangat2 takut..
Ok ada 2 perkara bila dah tiba Final Year ni:
i- Excited sebab nak grad & berkerja.
ii- Takut pointer tak berapa nak elok. Time2 ni lah baru semua students nak menyesal..
"Awat laa aku x study betul2 & rajin2 dari awal2 masuk lagi."

Oh students termasuk diriku, silalah sedar diri anda yer.
Tinggal lagi 1 sem jer lg ni.
Please Hani don't play2 (bak kata Phua Chu Kang;D)
SILA SEDAR DIRI!!

Oh dah tak boleh nak menaip.
Sangat2 gementar.

Apa pun akan ku tunggu kedatangan 6hb.
Aku tak tunggu pun dia mesti akan datang punya.

Last, ni aku sertakan beberapa butir event tu nanti.

Hari : Isnin
Tarikh : 6.12.2010
Masa : 4 PM (yang di beritahu di dalam slip exam)

- sebarang petukaran waktu tidak tertaklut kepada tuan tanah blog


Sunday, November 28, 2010

25 Facts about Tuan tanah blog~~



Ok2..cool2...bukan nak perasan di sini ingin menyatakan 25 facts about me.
Cuma tuan tanah blog telah di tag oleh cik Farah Eliana untuk membuat facts tentang diri sendiri.
Huhu..nsb cuma 25 jer..kalo 35 tak tahu lah nk merapu apa =_='
Tapi 25 still banyak apa!! huk2..

Peraturan permainan:
Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
If I tag you, its because i want to know more about you.

Ok ready to know about me..huhu..(Yana u must read this till the end:p)

1) Nama yang diberi oleh bonda & ayahnda HANI BT ZAHARIN.
-hehe mesti ramai tercakap2 "eh pendeknya nama."
-Well nak buat cam mana,my ayahnda kata kat my bonda "Saya nak 4 huruf jer nama anak kita"
(dialognya tak lah macam gini..saja ubah kasi sedap sikit..hak3..)

2) Bersedia melihat dunia pada 27.September.1987
-huahuahua...ghupaner saya dah tua.
-kalau kawen mesti anak dah 2.
-haha...stop thinking about kawen Hani:p
-Muda lagi okey.
- I nak bina kerjaya dulu.huk3..

3) Tak ada abang & kakak. Cuma di bawah saya ada hero 4 orang.
- Nak buat mcm manakan, dah ketentuan Allah supaya tuan tanah menjadi anak sulung.
- Tapi yang bestnya saya seorang jer perempuan. Hua3..
- Best ooo...mcm tuan puteri (actually tak sangat..huk3..)

4) Garang.
- Okey saya mengaku saya memang kakak yang sangat garang.
- Tapi tu dulu lah time adk2 sy kecil2 lagi.
- Sebab apa garang.., sebab tak nak bagi diorang degil.
- Sekarang pun still garang..Tapi dah kurang dari dulu lah..weee~~

5) Banyak cakap.
- Actually sy ni banyak cakap.
- Time kecil2 dulu pak2 n mak2 sedara panggil sy 'burung kakak tua'.
- Sebab banyak sangat cakap. Cakap laju & tak reti2 nak stop pula tu.
- Sekarang pun still banyak cakap.
- Kalau sedara yang tak berapa rapat mesti ingat sy dah berubah dari pendiam ke banyak cakap.
- But actually sy banyak cakap..haha..memang sejak azali lg:p
- Kalau kwn2 yg dah kenal lama pun tak kan sekali2 mengaku yg sy nie pendiam..hua3..

6) Pengeli.
- Saya seorang yang pengeli.
- Terutama geli part dapur.
- Sangat2 tak suka masuk dapur yg lantainya basah(berair)+berminyak+melekit .
(huhuhu...sangat tak boleh masuk di dapur yang macam ini..)

7) Love cooking very much.
- Oh, sangat2 suka memasak. (sangat2 okey!!:p)
- Suka buat desert.
- Suka buat kek sangat2.
- Saya akan merasa sangat gembira bila memasak. hik3..

8) Love seafood.
- Bab ni memang sangat suka.
- Sangat suka ikan(sgt2), udang, ketam, sotong,sibut buluh(org serawak& sabah panggil 'ambal')
- Seafood sedap ooo!!

9) Gila daging kambing.
- Haa!! yang ni memang pantang.
- Memang sangat2 suka lah..
- Huaaaa!! teringin lamb chop!! (air liur sudah meleleh nie:p)

10) Tak suka basuh pingan.
- Ok2 saya tak hipokrit.
- Saya memang malas sangat2 basuh pingan.
- Memang suka masak tapi tak suka basuh pingan.
- My future husband, please take note k!!
- Hahahaha:p

11) Suka tidur.
- Bab ni sebenar nya hobi semua student di 'U'.
- Ala..,ngaku jer lah korg pun suka tidur.
- Malu2 kucing pula:p
- Ye lah kan, dah berpenat lelah memerah otak di kelas, balik wajib lah tidur kan (alasan jer kn sebenarnya kan:p)

12) Crazy about PURPLE.
- Saya memang sangat2 mengemari purple a.k.a lavender.
- Cop2.., tema kawen tak buat kaler purple okey..(gatal cerita psl kawen lg:p)
- Kenapa suka purple??
- Sebab purple sangat lawa.
- Sangat cantik.
- Dan banyak lagi sangat psl purple:p

13) Hate gelap.
- Oh..sangat tidak sukakan gelap.
- Kenapa tak suka gelap??
- Sebab rasa rimas dalam gelap.
- Time tidur jer boleh gelap.
- Rimas lah gelap2..
-Korang tak rimas ker?? huk2..

14) Pasif bila dah terlampau mengantuk.
- Saya akan menjadi manusia paling pasif time saya sangat2 mengantuk.
- Kalau nampak saya tak aktif bercakap bermakna saya dah ngantuk lah tu.
- Kadang2 boleh jadi moody bile mengantuk menyerang:p

15) Seorang yang penyayang.
- Ok ni macam perasan sikit..( i noe2:p)
- Saya memang sangat2 sayang akan sesiapa sahaja yang dah terjebak mengenali diri ini..
- Terutamanya my bonda n ayahnda, my adk2, my 'ehem2', n my BFF forever (iqa n da ropols).
- Saya juga sayang kan kawan2 yang lain:D
- Sebab kawan sangat penting dalam hidup saya.
- Saya tak boleh hidup kalau tak ada kawan.huhu.
- Yg penting, I love kids & cats/kittens ;D.

16) Simple.
- Saya memang seorang yang simple.
- Saya tak suka benda yang serabut2 ni.
- Simple is better.
- Kalau bab pakaian sy memang suka pakai t-shirt n jeans
( if x jumpa da ropols mst sy x reti bergaya..huk2..thanks gurls.)

17) Fussy.
- Oh saya memang seorang budak yang sedikit fussy @ cerewet ye.
- Fussy terutamanya dalam bab2 memilih kasut, baju.
- Even tempat jahit baju kurung pun sy agak memilih yer.
- Coz keselesaan itu penting dari segalanya.
- Cantik jatuh number 2.
- Kalau cantik jer tak selesa tak guna gak.
- Saya tak akan pakai benda yang saya tak selesa..peace..;D

18) Teringin pergi Makkah.
- Ini semestinya impian setiap orangkan.
- Begitu juga saya.
- Semoga Hajatku tercapai.Amin.
- Nak sangat pergi Makkah dgn family..

19) Japan, Korea.
- Jangan salah faham yer.
- Ingin melancong ke Japan n Korea bukan sebab sudah terpengaruh oleh cerita2 mereka.
- Tetapi saya sangat suka akan budaya Japan n Korea.
- Yang teringin sangat pergi Japan sebab nak tengok bunga sakura...yay~~
- Korea sebab nak pergi Jeju Island..woot2~~
- Plus orang diorang chun2 n encem2..
- Mana tahu kalo dapat g sana untung2 dapat kulit cantik:p (berangan lagi..hak2..)
- Oh, saya juga sangat suka dan cinta akan bahasa Japan.

20) Ganas
- Attention please, sy bukan perempuan melayu terakhir yang lemah lembut n lemah gemalai gitu.
- Saya amat ganas budaknya.
- Biasa lah bila dah di besarkan dengan 4 org adk2 lelaki.
- Try to be a bit tak ganas la..hehe..

21) Love 'Gelak'
- Sangat suka gelak.
- Dan bila gelak mesti gelak kuat2.
- Maaf I x reti nk gelak sopan santu gitu tau.hahahha..

22) Book Shop.
- Ni tempat yang paling di gemari.
- Kalau date lama2 kat cini pun tak pe.
- Lagi2 dekat MPH.hua3..

23) Pantai.
- Suka mendengar alunan ombak sebab rasa tenang sangat.
- Suka tengok pantai sebab luas dan cantik.

24) Suka Sport Car.
- Sangat meminati sport car.
- Kan dah habaq sy nie ganas.
- Sport car nampak cam ganas & berani tau.
- Tapi tak tahu lah bila boleh milikinya.
- 1 pun cukup.wee~~

25) Badminton.
- Ramai orang suka bola, tapi sy suka badminton.
- Kalau nak pergi tengok badminton, sila lah belanja sy yer..hua2...

Akhirnya habis juga benda alah nie..
haaa...mangsa seterusnya ialah:
a- cetet
b- ceain
c- cejirapah
d- ayu hidayu.
e- list seterusnya pembaca2..

~Hahahahahha...~
Padan muka korang..sila buat okey..
Saya dah penat perah otak ni..
Sekarang gilirang kome2 lak..:p